Rahsia Formula Kejayaan QUESTNET

|


 

Rahsia QUESTNET Pertama

1. Impian - Untuk berjaya di dalam sesuatu bidang, anda mesti mempunyai satu impian yang amat kuat. Impian inilah yang akan menjadi satu pendorong terkuat untuk menolak anda melakukan perkara-perkara yang orang gagal tidak mahu lakukan. Impian menjadikan anda seorang yang kebal dengan setiap ucapan-ucapan negatif yang akan anda terima di sepanjang proses anda untuk mencapai matlamat anda.

Impianlah yang akan menjadikan anda insan yang tabah dan persisten di dalam merealisasikan matlamat yang anda ingin-inginkan.


 

Rahsia QUESTNET Kedua

2. Matlamat - Dalam setiap pekerjaaan yang kita lakukan, kita mesti mempunyai matlamat. Iaitu tujuan yang ingin di capai. Matlamat yang perlu ada mestilah tepat dan tidak boleh kabur. Matlamat yang kabur tidak akan membawa anda ke mana-manapun.

Adalah penting kepada anda untuk mempunyai SMART Matlamat iaitu :

S - Specific (Matlamat yang kita ketahui dengan jelas)
M - Measurable
(Matlamat yang boleh di ukur, iaitu kita mempunyai satu matlamat yang boleh di ukur pencapaian dan boleh di buat perbandingan)
A - Attainable
(Matlamat yang boleh di capai mengikut kemampuan diri)
R - Realistic
(Matlamat yang di inginkan mestilah boleh di capai dalam satu jangka masa yang munasabah)
T - Timeline
(Matlamat anda mesti ada tarikh untuk di capai)

Matlamat MESTI di tulis dan lengkap dengan apa yang di inginkan secara terperinci dan di tetapkan masa untuk di capai. Matlamat yang di tulis mesti di analisa atau review sentiasa untuk memastikan apa yang kita lakukan setiap

hari mendekatkan kita kepada matlamat yang ingin di capai.


 

Rahsia QUESTNET ketiga

3. FOKUS

Dalam melakukan sesuatu kita mesti fokus. Fokus atau tumpuan memberikan kita tenaga atau energi yang cukup untuk melaksanakan tugas kita.

Sebagai contoh jika anda mempunyai sebuah kotak yang ingin anda buatkan satu lubang melaluinya. Anda di berikan 2 alat untuk di gunakan bagi membuat lubang tersebut. Alat yang pertama ialah sebatang pisau yang tajam dan alat yang kedua ialah sebatang sudu.

Jika anda menikam atau mencucuk kotak tersebut untuk membuat lubang dengan menggunakan sebatang sudu, sudah pasti energi yang anda gunakan adalah tinggi tetapi anda masih tidak mampu membuat sebuah lubang. Tetapi jika anda menggunakan sebatang pisau dengan mudah tugas anda akan terlaksana.

Pisau yang tajam tapi mempunyai energi yang tertumpu di satu tempat manakala sudu yang tumpul pula energinya di merata tempat dan tidak tertumpu.

Jadi inilah kuasa FOKUS yang amat kuat.


 

Rahsia QUESTNET ke Empat

4. TINDAKAN Berterusan dan Konsisten
- Walaupun anda sudah mempunyai impian, matlamat yang bertulis dan fokus di dalam menjalankan apa yang anda impi-impikan namun tanpa TINDAKAN ianya tidak akan membawa anda ke mana-mana.

Tindakan juga perlu yang BERTERUSAN dan BERKONSISTEN. Inilah yang akan menghasilkan kejayaan dalam satu jangka masa yang panjang dan berterusan.


 

Susunan Downline

Apabila anda sertai bisnes QUESTNET, satu nasihat saya ialah libatkan keluarga bersama. Biar mereka tahu dan faham yang kita sedang buat bisnes untuk membantu kewangan keluarga. Apabila masing2 ada kesedaran, maka insyaAllah mereka akan turut serta bersama kita. Paling penting ialah pastikan ahli keluarga mengguna dan mengamalkan produk QUESTNET walaupun ada yang tidak minat bisnes.


 

Antara cara offline ialah mengajak ahli keluarga menyertai QUESTNET dan menyenaraikan prospek di sekeliling anda. Cuba kita lakukan seperti dibawah:

  1. Senaraikan prospek dengan mencatat di buku nota bisnes QUESTNET anda.
  2. Mulakan dengan yang paling rapat seperti suami/isteri, anak, mak, ayah, mertua, ipar, adik-beradik, sepupu dll.
  3. Kenalpasti yang betul2 berminat dan bersungguh setelah anda approach mereka dengan produk dan plan bisnes QUESTNET.
  4. Letak downline yang potential ini 2 ORANG
  5. Senaraikan pula prospek seperti kawan ofis, IPTA/S, sekolah, kolej, geng surau, geng lepak kedai kopi dll.
  6. Buat macam no. 3 dan no. 4 di atas.

Anda boleh aplikasikan cara senarai prospek ini untuk cara promosi biz anda. Kenalpasti emel saudara-mara, keluarga yang rapat dan hantar emel promosi kepada mereka. Kemudian lakukan pula untuk kenalan jauh, kawan lama, ex schoolmate dan sebagainya.


 

Ini adalah sekadar perkongsian ilmu dari secebis pengalaman yang KAMI ada dalam bisnes QUESTNET ini. Semoga bermanfaat. Jika rakan2 yang lain ada pendapat yang lebih bernas, sila kongsikan di ruang Komen dibawah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

TESTIMONI BIODISC LATEST

 

©2009 Go 4 Glories | Template Blue by TNB