Setiap orang inginkan kejayaan dan kekayaan dalam hidup. Tetapi
sebenarnya ada 3 sebab atau 3 faktor yang menghalang kita untuk
mencapai bebas kewangan.
Sebab Pertama: Tidak mengambil keputusan untuk bebas kewangan.
Ya betul...semua orang mengharapkan, malah mendoakan kejayaan dan
kekayaan. Tetapi tidak mengambil keputusan yang jitu untuk mencapai
kejayaan. Kita silap kerana tidak meletakkan keutamaan kejayaan dan
kekayaan di dalam hidup. Jadi, mulai hari ini tetapkan keutamaan
kejayaan dan kekayaan dalam hidup.
Jika kita ingin menjadi doktor, kita akan belajar perubatan.
Jika kita ingin menjadi peguam, kita akan belajar undang-undang.
Jika kita ingin menjadi penyanyi, kita akan belajar muzik.
Jika kita ingin bebas kewangan, kita perlu belajar mengenai wang
Sebab Kedua: Menangguh-nangguhkan langkah sehingga menjadi terlalu lewat.
Ya..setiap penangguhan disertakan sekali dengan alasan.
Saya busy lah...
Saya tak ada masa lah...
Saya takde kemahiran lah...
Saya takde duit lah...
dan bermacam-macam lagi alasan. Bak kata Dr Fadhilah Kamsah, "Orang
buat duit, kita buat alasan..." setiap alasan logik2 belaka..yer lah,
nama pun alasan...
Setiap manusia biasanya tergerak untuk melakukan sesuatu termasuk
mencari duit lebih apabila timbul masalah sahaja. Masa tengah senang,
tak ada fikir pun...Buat tak endah, tak risau..buat rileks jer...Tak
hiraukan apa-apa. Bila dah ada masalah, mulalah kelam kabut. Mulalah
mencari penyelesaiannya. kadang2 keadaan dah terlalu lewat dan sukar
melakukan perubahan.
Oleh itu, kita perlu bersedia lebih awal. Orang tua-tua kata,
"sediakan payung sebelum hujan".
Sedarilah...memang terdapat hubungan antara wang dan masa. Jika anda
bercita-cita untuk bebas kewangan, mulalah secepat mungkin.
Bayangkan anda inginkan kebebasan dengan menjana pendapatan RM20,000
sebulan pada 2 tahun lagi. Jika anda bermula sekarang, anda mempunyai
masa selama 2 tahun untuk berusaha. TETAPI jika anda ingin bermula
setahun kemudian, anda hanya ada masa 1 tahun sahaja untuk fight !
mampukah anda?
Jadi, mulakan awal..seawal mungkin. Bila lagi kalau bukan hari ini?
Sebab ketiga : Sikap takut pada kegagalan - anda akan gagal.
Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak meletakkan usaha yang lebih.
Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak memulakan perniagaan.
Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak memulakan usaha.
Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak MELAKUKAN LANGKAH PERTAMA !
Contohnya, saya bagi jelas sikit. Bila anda takut pada kegagalan, anda
tidak akan berusaha dengan kuat. Mungkin anda akan cakap macam ni
dalam hati,
" Alahh..tak perlu lah buat betul-betul...kalau tak menjadi pun takpe,
takde la rugi dan terasa sangat. Kita buat sikit jer..so tak pressure
sangat"
Anda silap kalau berfikir macam tu kerana, musuh utama kepada kejayaan
adalah, takut kepada kegagalan. Saya ulangi sekali lagi, MUSUH UTAMA
KEPADA KEJAYAAN ADALAH KERANA TAKUT PADA KEGAGALAN.
Sebenarnya, kegagalan mengajar kita cara untuk berjaya. Daripada hasil
kajian mendapati, jutawan-jutawan dan orang-orang yang berjaya pada
hari ini adalah 98% PERNAH GAGAL...
Mungkin pernah gagal dalam perniagaan...
Atau pernah mengalami hutang keliling pinggang...
Takut kepada kegagalan, menghalang kita mengambil langkah pertama !
Orang yang berjaya adalah, orang yang akan bangkit kembali daripada
kegagalan dan terus berusaha dengan meletakkan matlamat dihadapan.
Apapun rintangan dan halangan, mereka bangkit lagi... demi matlamat
yang harus di capai.
Takut gagal Anda Akan gagal
| author: MatskaiPosts Relacionados:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan